PENGENALAN

Bersyukur kepada hadirat Illahi, kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya saya dapat membuat tugasan tesis yang telah diberikan dengan lancar. Walaupun kadang-kadang terdapat masalah, namun berkat kesabaran dan tunjuk ajar daripada kawan-kawan dan penyelia iaitu Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr Saemah Rahman, semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah...Tajuk yang diberikan kepada kami, yang perlu disiapkan adalah berkenaan " Pengintegrasian Sumber Maklumat Dari Laman Web Untuk Pengajaran dan Pembelajaran...". Pelbagai cara dan rintangan untuk menyiapkan tugasan ini. Ikutilah rentetan suka duka saya sepanjang persiapan menyiapkan tugasan ini...

EPISOD 4: PANDUAN STRATEGI METAKOGNITIF

Tuesday, October 21, 2008

Sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajukaku perlu menggunakan strategi metakognitif serta mengaplikasikan Standart Pemikiran dalam pemilihan laman web yang menepati kriteria yang diminta. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai hal ini, aku perlu mempelajari kandungan laman web Metaku:

www.cahtma.com/ metaku/index64. html

Tugas pertama yang aku lakukan adalah mendaftar sebagai pengguna. Seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dengan tepat dan kemukakan keputusan kepada kami. Kami diberi tempoh untuk mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam kajian ini dalam tempoh seminggu dari sekarang (16 Sept 08). Tugas seterusnya adalah menghantar kepada borang penilaian penggunaan laman web Metaku sebelum 16 Sept.

0 Comments: