Tuesday, October 21, 2008
Untuk kajian ini aku perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 blog yang berasingan iaitu:
1. Blog peribadi/personal (optional)
2. Blog tentang proses menjalani latihan ilmiah (mencatatkan refleksi setiap proses yang dilalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk (pemikiran kreatif anda)
Kami diingatkan supaya tidak terlalu menekankan soal estetika atau kosmetik blog pada ketika ini kerana tugas yang penting dan kritikal pada saat ini ialah seperti berikut:
1. Membaca, mengetahui, memahami dan mengaplikasikan pengetahuan tentang pemikiran kritikal melalui artikel yang telah diupload.
2. Mencari, memilih dan menilai laman-laman web berdasarkan kriteria standard pemikiran.
3. Cari sekurang-kurangnya 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk sama ada dalam bahasa Melayu, Indonesia dan English.
4. Menganalisis dan menilai kandungan laman-laman web berkenaan berdasarkan standard pemikiran. Buat table/jadual untuk memudahkan amembuat statistik deskriptif dari segi peratus laman web yang ada telah cari, pilih dan nilai yang memenuhi kriteria.
5. Membuat ulasan ringkas kandungan berdasarkan kriteria penilaian berasaskan standard pemikiran.
6. Semasa proses ini dijalankan Hajah menasihatkan supaya membina create satu blog yang khusus dengan menyenaraikan laman-laman web berkenaan serta ulasan. Kerana anda akan membuat pautan kepada blog berkenaan dari blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda. (Ini yang dikatakan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk anda).
7. Dalam prosesmenganalisis kandungan laman-laman web yang dikemukakan oleh penulis lain, aku juga perlu mengambil iktibar dari kelemahan-kelemahan laman-laman web berkenaan supaya ianya tidak diulangi dalam blog-blog yang aku bina. Ia juga menjadi catatan dalam blog latihan ilmiah sebagai refleksi.
0 Comments:
Post a Comment