PENGENALAN

Bersyukur kepada hadirat Illahi, kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya saya dapat membuat tugasan tesis yang telah diberikan dengan lancar. Walaupun kadang-kadang terdapat masalah, namun berkat kesabaran dan tunjuk ajar daripada kawan-kawan dan penyelia iaitu Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr Saemah Rahman, semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah...Tajuk yang diberikan kepada kami, yang perlu disiapkan adalah berkenaan " Pengintegrasian Sumber Maklumat Dari Laman Web Untuk Pengajaran dan Pembelajaran...". Pelbagai cara dan rintangan untuk menyiapkan tugasan ini. Ikutilah rentetan suka duka saya sepanjang persiapan menyiapkan tugasan ini...

EPISOD 2: PANDUAN PROSES KAJIAN

Tuesday, October 21, 2008

Sebagai tugasan pertama, aku diminta memilih satu tajuk yang bersesuaian dengan bidang kami.Kajian yang dibuat adalah berkaitan dengan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran. Blog yang dibina perlu dimuatkan segala sumber maklumat yang berkaitan tajuk. Ia juga perlu digunakan sebagai medan sokongan kepada P&P tajuk berkenaan. Bukan senang hendak pilih tajuk ini..Aku perlu pastikan aku mampu mempersembahkan tajuk itu nanti dalam bentuk teknologi ini..Fikir punya fikir, akhirnya aku memilih tajuk "Pengintegrasian Sumber Maklumat Dari Laman Web Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Sewa dan Jual Beli"..Itupun 2 kali jugalah aku bertukar tajuk..Nasib baik Hajah tak marah pasal hal tu..Thankz Hajah..


Seterusnya dalam proses pembangunan blog ini, antara langkah-langkah yang perlu aku lakukan ialah:

1. Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog-objektif pembelajaran)

2. Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka. Untuk proses ini, boleh create beberapa blog dan membuat pautan antara blog, yang penting isi kandungan blog dipaparkan sesuai dengan tajuk kajian nanti. Aku perlu buat blog tentang proses melaksanakan kajian - refleksi metakognitif- termasuk nanti semasa proses mencari maklumat. Dalam hal inilah kemahiran membuat blog amat penting.

3. Seterusnya aku perlu sebarkan blog pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Bagi memudahkan penyelia memantau kemajuan, aku letakkan dalam menu links alamat blog-blog tersebut.

* Sebagai tugasan sampingan kami juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajaran dalam blog. Antara petikan kata-kata Hajah ialah:
"Dalam hal ini, anda boleh mendapatkan anak-anak kakitangan UKM. Kita boleh buat special day - jika perlu. Dalam bulan puasa ini anda boleh arrange anak-anak yatim Darul Izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan contohnya untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog anda. Saya harap pelajar dapat arrange pertemuan ini. Boleh buat hari Ahad. Kalau program ke Kemboja anda boleh arrange, inikan pula program berskala kecil ini. Anda boleh gunakan kedua-dua makmal. Seorang pelajar boleh membawa 4-5 murid untuk guna komputer. Anda boleh aturkan proses pengujian dan penilaian ini. Dengan itu, disamping anda memantapkan kajian anda, murid sekolah juga dapat memanfaatkan kajian anda, anda juga boleh buat program tambahan - iaitu mengajar murid membina blog sendiri."

Tapi malangnya aktiviti ini tidak dapat dilaksanakan, mungkin kerna kekangan masa yang menghimpit akibat peperiksaan yang semakin menjelang tiba.

0 Comments: