PENGENALAN

Bersyukur kepada hadirat Illahi, kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya saya dapat membuat tugasan tesis yang telah diberikan dengan lancar. Walaupun kadang-kadang terdapat masalah, namun berkat kesabaran dan tunjuk ajar daripada kawan-kawan dan penyelia iaitu Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr Saemah Rahman, semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah...Tajuk yang diberikan kepada kami, yang perlu disiapkan adalah berkenaan " Pengintegrasian Sumber Maklumat Dari Laman Web Untuk Pengajaran dan Pembelajaran...". Pelbagai cara dan rintangan untuk menyiapkan tugasan ini. Ikutilah rentetan suka duka saya sepanjang persiapan menyiapkan tugasan ini...

EPISOD 6: TERUSKAN MENCUBA

Thursday, November 13, 2008

Lagi 2 minggu nak exam ni..satu buku pun aku tak baca lagi..blog pun masih terbengkalai..huhuhu..tapi lepas kelas pembentangan malam tu..banyak yang aku tak tahu telah diberi tunjuk ajar oleh Hajah dan juga rakan-rakan. Antara yang aku pelajari ialah penggunakan paint untuk mengaploadkan gambar..Kesian aku..entah-entah selamani aku sorangja yang lambat hal ni..huhuhu..

Selain tu, aku juga bertungkus lumus mencari 50 laman web sebagaimana yang diminta. Tugas inilah yang membuatkan aku tensen..serabut dan yang sama waktu dengannyalah..Aku juga mintak tolong pada kawan-kawan, mana yang ada terjumpa web yang berkaitan aku punya..tolong dibookmark kan..huhuhu..terima kasih pada kawan-kawan yang membantu..cayalah…Apabila da mencari..aku kenala buat analisa pulak..berdasarkan 9 kriteria yang dicadangkan oleh Paul..aduhhhh…pening aku..ta SABAARRRR jela..( kriteria tersebut adalah:

  1. Kejelasan
  2. Ketepatan
  3. Ketelitian
  4. Kerelevanan
  5. Kedalaman
  6. Keluasan
  7. Logik
  8. Kepentingan
  9. Keadilan

Di sini, aku tunjukkankan kesemua blog-blog yang aku bina. Walaubagaimanapun semuanya masih dalam pembinaan. Sila-silalah semua melayari blog tersebut..

1) Blog P&P (JUAL BELI DAN SEWA DALAM ISLAM)

2) Blog Peribadi (Bersama kita berkongsi pengetahuan & pengalaman)

3) Blog Jaringan Maya (Memuatkan analisis laman web yang berkaitan)

EPISOD 5: PEMBENTANGAN BLOG


Pada hari selasa, 21hb Okt, jam 8 malam, kelas blog berjalan seperti biasa. Walaupun hujan turun pada awalnya, namun cuaca kembali cerah. Pada malam itu, boleh dikatakan semua pelajar yang terlibat dengan tesis blog hadir bagi membentangkan tugasan masing-masing.

Walau macammana pun aku tak sempat nak bentang...hehe..tapi bukan tak sempat sebenarnya, tapi cuba mengelak. huhu...Malam tu aku kagum dengan blog kawan-kawan aku...semua mantap-mantap..Ada yang sampai berkelip-kelip..dah macam lampu lip lap hari raya pulak..hehe..

Apa-apa pun aku ucapkan tahniah pada kawan-kawan sahabat-sahabat semua kerana menjaya membina blog masing-masing, yang pada awlnya, semua start dari"zero"

Semoga apa yang kita pelajari hari ini akan menjadi bekalan untuk kita di masa hadapan kelak. Semoga apa yang kita usahakan ini tidak berhenti di sini sahaja. Teruskan perjuangan kalian, semoga Allah memberkati usaha kita..Aminnnn....