PENGENALAN

Bersyukur kepada hadirat Illahi, kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya saya dapat membuat tugasan tesis yang telah diberikan dengan lancar. Walaupun kadang-kadang terdapat masalah, namun berkat kesabaran dan tunjuk ajar daripada kawan-kawan dan penyelia iaitu Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr Saemah Rahman, semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah...Tajuk yang diberikan kepada kami, yang perlu disiapkan adalah berkenaan " Pengintegrasian Sumber Maklumat Dari Laman Web Untuk Pengajaran dan Pembelajaran...". Pelbagai cara dan rintangan untuk menyiapkan tugasan ini. Ikutilah rentetan suka duka saya sepanjang persiapan menyiapkan tugasan ini...

EPISOD 1: PANDUAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

Tuesday, October 21, 2008

"Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan." (Dipetik daripada Dr.Hajah Siti Fatimah Mohammad Yassin & Dr. Saemah Abdul Rahman)

Ini adalah antara petikan yang aku bawakan daripada kata-kata penyelia aku. Memang aku akui samalah bahawa guru-guru novis seperti aku dan rakan-rakan lain dalam group ini sememangnya perlu melengkapkan diri dengan maklumat berkaitan teknologi ini sebagai persediaan menghadapi alam pengajaran yang sebenarnya nnti. oleh yang demikian, untuk kajian ini, aku perlu mengaplikasikan ilmu-ilmu ikhtisas yang telah dipelajari seperti:

a. Komputer Dalam Pendidikan (yang terkini anda perlu ada blog sendiri);
b. Psikologi Pendidikan;
c. Teknologi Pendidikan;
d. Pengalaman semasa menjalani latihan mengajar; kaedah Pendidikan Islam / al-Quran;
e. Pengukuran Penilaian;
f. Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan (ilmu tambahan – standard pemikiran –yang perlu dibaca dan difahami serta dibincangkan dalam yahoogroup tentang Intelectual standard. Bahagian ini akan dipantau oleh Dr Saemah)

0 Comments: